Wednesday, March 30, 2011
Siri 589 – Perkataan - Kolaborasi
Soalan:
Tuan,
Setelah merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, saya mendapati bahawa maksud perkataan `kolaborasi’ yang diberikan ialah subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat, atau subahat dalam perbuatan jenayah.
Harap mendapat penjelasan daripada pihak tuan.
Drp:
Cikgu H.
Jawaban:
Seperti yang saudara nyatakan, Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan kolaborasi bermaksud subahat (kerjasama) dengan musuh atau orang jahat, atau subahat dalam perbuatan jenayah.
Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia pula , perkataan `kolaborasi’ diberikan makna seperti yang berikut:
ko•la•bo•ra•si n (perbuatan) kerja sama (dng musuh dsb);
ber•ko•la•bo•ra•si v melakukan kolaborasi
Dengan berdasarkan makna yang dikemukakan oleh kedua-dua buah kamus tersebut, perkataan `kolaborasi’ sememangnya digunakan untuk maksud yang negatif.
Namun demikian, belakangan ini, penggunaan perkataan `kolaborasi’ telah diperluas untuk maksud kerjasama yang positif.Sebagai contohnya, Majalah Dewan Budaya yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyiarkan artikel yang bertajuk ` `Tanda - eksperimen kolaborasi pelajar teater’ yang ditulis oleh Nasirazali dalam keluaran Jun 2007. Selain itu, majalah Horison pula telah menerbitkan artikel yang ditulis oleh Hj. Nesputi Legahati, S. Pd, dalam keluaran Mei 2008 yang bertajuk ` Menulis puisi secara kolaborasi’.
Hal ini membuktikan bahawa perkataan kolaborasi juga digunakan untuk maksud usaha atau kerjasama yang bersifat positif. Selain itu, Klik DBP yang disiarkan dalam akhbar Berita harian bertarikh 23 Januari 2008 ada menyiarkan penggunaan perkataan `kolaborasi’ yang diungkapkan oleh mantan Ketua Pengarah DBP, iaitu “DBP sangat berbangga dengan usaha ini dan berharap agar kolaborasi budaya antara Bangladesh dengan negara ini akan berterusan."
Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa makna `kolaborasi’ yang diberikan oleh Kamus Dewan Edisi Keempat hendaklah diperluas. Hal ini saya katakan demikian kerana penggunaan perkataan ini telah digunakan secara leluasa untuk maksud `bekerjasama’ antara dua pihak atau beberapa pihak. Sebagai contohnya, Kamus Webster (http://www.merriam-webster.com/dictionary/collaboration?show=0&t=1301092268) memberikan definisi `collaboration’ seperti yang berikut:
Definition of COLLABORATE
intransitive verb
1
: to work jointly with others or together especially in an intellectual endeavor
2
: to cooperate with or willingly assist an enemy of one's country and especially an occupying force
3
: to cooperate with an agency or instrumentality with which one is not immediately connected
— col•lab•o•ra•tion noun
— col•lab•o•ra•tive adjective or noun
— col•lab•o•ra•tive•ly adverb
— col•lab•o•ra•tor noun
See collaborate defined for English-language learners »
Examples of COLLABORATE
1. The two companies agreed to collaborate.
2. He was suspected of collaborating with the occupying army.
Inflected forms:
col•lab•o•rates; col•lab•o•rat•ed; col•lab•o•rat•ing
Meaning:
[no obj] 1 : to work with another person or group in order to achieve or do something ▪ The two companies agreed to collaborate. —often + on or in ▪ They collaborated on a book about dogs. ▪ The pair collaborated with each otheron the film. ▪ Several doctors collaborated in the project. —sometimes followed by to + verb ▪ They collaborated to write a book.
2 disapproving : to give help to an enemy who has invaded your country during a war ▪ He was suspected ofcollaborating with the occupying army.
—col•lab•o•ra•tion /kəˌlæbəˈreɪʃən/ noun plural col•lab•o•ra•tions [count] ▪ The book is the product of acollaboration between two writers. = The book is a collaboration between two writers. ▪ an artistic collaboration[noncount] ▪ The writers worked in collaboration to produce the book. ▪ He worked in close collaboration with French scientists. ▪ He was accused of collaboration with the enemy.
Oleh hal yang demikian, saya berpendapat bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah memainkan peranannya untuk memartabatkan bahasa Melayu. Jika perubahan ini tidak dapat dimasukkan dalam kamus, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka hendaklah menyebarkannya dalam Lembar Bahasa atau majalah-majalah terbitan Dewab Bahasa dan Pustaka seperti Majalah Pelita Bahasa.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment