Saturday, September 12, 2009

Format Terkini Soalan Bina Ayat SPM

Semua pelajar hendaklah sedar bahawa mulai SPM Jun 2008, kemudian November 2008 dan seterusnya Jun 2009, soalan tentang bina ayat telah berubah formatnya. Sebelum SPM Jun 2008, calon dikehendaki membina ayat daripada perkataan. Namun, sejak SPM JUN 2008 hingga SPM Jun 2009, calon dikehendaki membina ayat daripada frasa. Lihatlah contoh soalan tersebut di bawah ini:

(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap frasa di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan frasa itu sebagai peribahasa dan nama khas.

(i) Kadar kematian
(ii) Wabak selesema
(iii) Gaya hidup sihat
(iv) Suhu badan
(v) Badan korporat
(vi) Premis perniagaan
Jawaban:
(i) Kadar kematian akibat daripada penyakit Influenza H1N1 semakin meningkat.
(ii) Kerajaan akan sentiasa mengambil pelbagai langkah untuk mengelakkan wabak selesema tersebut merebak.
(iii) Rakyat disarankan oleh kerajaan supaya mengamalkan gaya hidup sihat untuk meningkatkan tahap kesihatan diri.
(iv) Pihak sekolah dikehendaki memeriksa suhu badan pelajar pada setiap pagi sebelum pengajaran dan pembelajaran bermula.
(v) Kerajaan menyeru semua badan korporat supaya menghulurkan bantuan dan sumbangan untuk membantu golongan miskin di Negara kita.
(vi) Setiap premis perniagaan akan diperiksa bagi memastikan mereka sentiasa menjaga kebersihan.

No comments: