Thursday, July 9, 2009

Siri 212 - Ironi

Soalan:
Maksud ironi yang diberikan oleh Kamus Dewan agak sukar difahami. Bolehkah cikgu permudah maksud ironi? Adakah ironi boleh membawa maksud `sebaliknya’? Saya lihat ada juga buku yang menggunakan kata ironi sebagai kesan. Apakah pandangan cikgu?

Terima kasih.
Drp:
Cikgu Peony.

Jawaban:
Maksud `ironi’ ialah pertentangan maksud dalam sesuatu baris. Jika pada peringkat awal baris dalam ayat menunjukkan maksud yang positif, maka perkara yang selepasnya pula menunjukkan maksud yang negatif. Sebagai contohnya:

1. Ironinya, jika pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris dikekalkan (positif), pencapaian dan kemajuan murid yang tinggal di luar bandar semakin ketinggalan (negatif)
2. Ironinya, pendatang asing yang banyak membawa kemajuan kepada negara juga menyebabkan peningkatan pelbagai kes jenayah.
3. Ironinya, usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu secara tidak langsung akan melemahkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar.
4. Ironinya, pembangunan yang kita capai pada hari ini telah mendedahkan kita kepada kesan pencemaran.

No comments: